Selamat datang ke Bank Saham Akhirat. Com !

 

derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah

| RAYUAN SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU AL-A’RAF, SALAK PERDANA, 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN |

Ditakdirkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, jemaah di kawasan sekitar Salak Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi tidak lagi dapat berjemaah di tapak Surau Al-A’raf memandangkan stuktur surau sementara yang dibina secara bersama telah musnah dilanda ribut pada bulan Mac 2018 yang lalu.

Namun, kami yakin ada hikmah disebaliknya. Allah ingin menggantikannya dengan yang lebih baik. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, pembinaan Surau Al-A’raf ini mendapat perhatian masyarakat sekeliling dan juga luar Salak Perdana.

ajk-derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah-salak-perdana-sepang

surat-derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah-salak-perdana

minta-derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah-salak-perdana-sepang

 

Jawatankuasa Surau Al-A’raf telah melaksanakan beberapa tindakan segera yang berkaitan bagi memastikan prosedur pembinaan dipatuhi.
Kini, pembinaan surau dalam proses memohon Kebenaran Merancang (KM) sebelum kerja-kerja pembinaan bermula.

Justeru, bersempena bulan yang mulia akan berkunjung tiba, kami memohon jasa baik tuan / puan untuk membantu dalam bentuk kewangan dan menyalurkan sumbangan bagi tujuan pembinaan surau ini.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang membangun rumah Allah walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
– Hadis Riwayat Ibnu Majah

Kami menyasarkan agar Ramadhan 1441H iaitu pada 2020, Surau Al-A’raf akan berjaya dibina dan seterusnya mampu menjadi medan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala khususnya kepada penduduk Salak perdana dan juga masyarakat luar secara umum.

Sehubungan itu, bagi tujuan sumbangan, pihak tuan / puan boleh menyalurkannya ke:

No. Akaun : 11-392100150-5

Nama akaun : Jawatankuasa Surau Al A’raf
Nama Bank : Bank Rakyat

bank-rakyat-logo-png-derma-ikhlas-pembinaan-surau-taman-salak-perdana-greenwood-surau-masjid

Segala sumbangan pihak tuan / puan, hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mampu membalasnya dengan ganjaran kebaikan selayaknya, Insha Allah.

plan-pembinaan-bangunan-surau-derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah

plan-pembinaan-bangunan-surau-musolla-derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengerusi Surau Al-A’raf, Ust Fazdli di talian 012-3222564 atau Setiausaha Surau Al-A’raf, Ust Ahyar di talian 019-5153097. Sekian, terima kasih.

Mohon diwar-warkan / share / viral sebanyak mungkin. Semoga Allah memberikan ganjaran sewajarnya. Ameen.

 

derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah-salak-perdana derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah-salak-perdana-sepang salak-perdana-sepang-derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah-salak-perdana-sepang surau-salak-perdana-derma-sedeqah-bank-saham-akhirat-pahala-islam-masjid-surau-anak-yatim-orang-susah-salak-perdana-sepang


Surau Al-A’raf Salak Perdana roboh akibat ribut, hujan lebat.

surau-al-araf-salak-perdana-sepang-bantuan-derma-sedeqah-pembinaan-masjid-amalan-pahala-saham-akhirat

Bantuan diperlukan, perlu dibina semula sebelum Ramadan.

SALAK PERDANA, 17 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Sebuah surau yang baru dibina tak sampai setahun telah roboh akibat ribut dan hujan lebat yang berlaku semalam.

Surau Al-A’raf, yang dibangunkan sendiri oleh hasil kutipan dana penduduk setempat dan sumbangan orang ramai, perlu dibina semula secepat mungkin untuk ibadah solat fardu dan sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.

Salah seorang ahli jawatankuasa surau ketika dihubungi Ismaweb berkata, surau itu masih belum siap sepenuhnya atas faktor kekangan kewangan.

“Ribut dan angin kencang semalam telah meruntuhkan struktur khemah surau dan ia tak dapat digunakan sementara waktu.

“Surau ini mula dibina pada pertengahan April 2017, seminggu sebelum Ramadan. Ia dibina dengan kerjasama penduduk secara bergotong-royong dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan telah diadakan di surau ini.

“Justeru, kami merayu sumbangan korporat mahupun persendirian bagi membangunkan semula surau ini untuk manfaat semua,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun atas nama:

Jawatankuasa Surau Al-A’raf
Nama bank: Bank Rakyat
No akaun: 11-392-100150-5

Sebarang pertanyaan dan pengesahan, boleh hubungi:

012-3222564 (Ustaz Mohd Fazdli bin Rosli – Pengerusi)
012-4418556 (Mohd Omar Suhaimi bin Zainul Azmi – Bendahari)
019-5153097 (Mohd Ahyar bin Salleh Hudin – Setiausaha)

Sumber : ismaweb


Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Contohnya, ada orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.

Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Ibnu Abbas apabila membicarakan mengenai sifat dermawan, beliau tidak sebut nama-nama sahabat yang mahsyur seperti Uthman bin ‘Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf atau Abu Bakar As-Siddiq, sebaliknya menyebut Rasulullah SAW.

Para sahabat Rasulullah SAW menyatakan, baginda adalah individu paling dermawan berbanding sahabat lain. Rasulullah SAW apabila bersedekah baginda akan memberikan apa sahaja termasuk pada tubuh badannya.

Contohnya, apabila Rasulullah SAW memakai ridak baru lalu ada orang yang tegur, maka nabi akan ambil dan meletakkan ridak itu di atas bahu orang yang bertanya berkenaan.

Para sahabat sangat mengerti perihal itu. Apabila nabi memakai apa sekalipun mereka tidak akan bertanya, puji atau tegur di hadapannya kerana pasti baginda akan memberikan barang itu.

Malah, dalam satu hadis Riwayat Abu Hurairah dinyatakan bagi seorang Muslim yang mantap amalan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat.

Manakala bagi yang kedekut dan kikir, mereka didoakan malaikat dengan kemusnahan. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah. ~ Harian Metro


Kelebihan Sedekah

Dalil al-Quran:

Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (surah Al-Baqarah, 2: 261)

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Quran surah Al-Baqarah, 2: 274)

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah . Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (surah Al-Baqarah, 2: 276)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. (Al-Munafiquun: 10)

Dalil Hadith:

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya. (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)